Guan Eng hadir kali kedua ke SPRM - Utusan Malaysia

Guan Eng hadir kali kedua ke SPRM

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir buat kali kedua ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi memberi keterangan berkaitan siasatan kes terowong dasar laut, Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Guan Eng ditemani peguam RSN Rayer sepatutnya tiba pada pukul 10 pagi, namun terlewat kerana tayar kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya pancit di Simpang Pulai, Perak.

Beliau muncul pada pukul 12.40 tengah hari menaiki Peugeot sedan berwarna hitam setelah kereta pertama dinaikinya mengalami masalah di pertengahan jalan

Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan dakwaan elemen rasuah dalam projek terowong tersebut.

SPRM turut memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya