Gaji saya bukan RM1 juta - Mahdzir Khalid - Utusan Malaysia

Gaji saya bukan RM1 juta – Mahdzir Khalid

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap)  menafikan dakwaan kononnya beliau menerima gaji melebihi RM1 juta sebulan sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau yang menjawab dakwaan dibangkitkan seorang ahli parlimen pagi tadi walaubagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar.

“Saya menafikan dakwaan bahawa gaji dan elaun bakal diterima saya selaku Pengerusi TNB adalah melebihi RM1 juta sebulan.

“Kalau gaji saya melebihi RM1 juta sebulan maka kita semua tidak perlu buat kerja lain,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN