Enam pendaki sesat diselamatkan - Utusan Malaysia

Enam pendaki sesat diselamatkan

DUA daripada enam pendaki sesat diselamatkan anggota bomba di Gunung Liang, Tanjung Malim, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Enam individu termasuk seorang wanita yang sesat ketika mendaki Gunung Liang dekat sini ditemukan lewat  malam semalam.

Kesemua mangsa dipercayai sesat ketika dalam perjalanan turun ke kaki gunung tersebut yang setinggi 1,934 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, pihaknya dihubungi pegawai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mualim pada pukul 8.15 malam tadi berhubung kejadian tersebut.

Katanya, sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim diketuai beliau kemudian melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

“Pasukan penyelamat telah digerakkan dan berjaya menemui dua mangsa pertama iaitu seorang lelaki dan perempuan pada pukul 11.20 malam.

“Empat mangsa akhir pula ditemui pada pukul 12.34 malam dan kesemua pendaki berada dalam keadaan selamat lalu dibawa turun,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Operasi turut dibantu polis, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Perhutanan, sukarelawan bomba dan penduduk kampung yang kesemuanya seramai 27 orang.

Kesemua pendaki yang berusia antara 30 dan 50 tahun itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Gerakan mencari ditamatkan pada pukul 2.11 pagi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya