Dua ditahan palsu laporan perubatan OB - Utusan Malaysia

Dua ditahan palsu laporan perubatan OB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat kes pemalsuan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Suspek berusia 50 dan 58 tahun itu ditahan kira-kira pada pukul 2 petang ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai menjadi orang tengah dalam memalsukan laporan perubatan Orang Berinsurans (OB) bagi membolehkan tuntutan hilang upaya sementara, kekal dan pencen ilat bernilai RM100,000 dibayar kepada pemohon.

“Dalam tempoh kurang tiga minggu sahaja, enam tangkapan sindiket penipuan pampasan Perkeso dilakukan dan ini merupakan kes ketiga yang disiasat,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN