Dua bayi meninggal dunia akibat sesak nafas  - Utusan Malaysia

Dua bayi meninggal dunia akibat sesak nafas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Dua bayi lelaki meninggal dunia akibat sesak nafas semasa dijaga bapa dan pengasuh mereka dalam kejadian berasingan di Gelang Patah, di sini semalam.

Kedua-dua bayi malang itu berusia tiga dan 10 bulan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.50 petang serta 5.50 petang, ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gelang Patah di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian pertama, pengadu iaitu pengasuh menyedari mangsa dalam keadaan lemah dan sesak nafas.

“Pengasuh dan suaminya membawa bayi berkenaan ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan abangnya berusia dua tahun dihantar bapa mereka ke rumah pengasuh yang mendapati bayi tersebut dalam keadaan kurang sihat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzhulkhairi berkata, dalam kejadian kedua pula, bayi berkenaan didapati dalam keadaan lemah oleh ibu dan neneknya yang baru pulang daripada berniaga kedai makan di Taman Nusa Perintis di sini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa dijaga oleh bapanya bersama dua lagi kanak-kanak lelaki berusia empat dan enam tahun.

Dzulkairi berkata, berikutan kejadian itu, polis telah menahan bapa bayi malang itu bagi membantu siasatan lanjut dan ujian saringan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

“Pemeriksaan lanjut ke atas badan kedua-dua bayi berkenaan tidak menunjukkan sebarang kecederaan dan bedah siasat akan dilakukan pagi ini untuk mengetahui punca sebenar kematian mereka.

“Kes disiasat di bawah  Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya