Dr. M dakwa pengguguran tidak sah - Utusan Malaysia

Dr. M dakwa pengguguran tidak sah

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir pada Program Bersatu Blackout peringkat Kedah di Alor Setar malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa sebarang keputusan menggugurkannya sebagai calon Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi pemilihan parti itu bulan depan adalah tidak sah.

Beliau berkata, keahliannya dalam Bersatu masih sah dan layak bertanding mempertahankan jawatan berkenaan selepas mendapat pencalonan.

Katanya, mahkamah belum membuat keputusan rasmi berhubung status keahliannya.

“Dia gugur tak sah. Kita masih lagi ahli melainkan mahkamah kata pengguguran ini sah. Kalau tidak kita masih anggap diri kita ahli dan (layak) memegang jawatan.

“Saya dicalon tanpa ada calon lain, tiada lawan,” katanya ketika ditemui selepas Program Bersatu Blackout peringkat negeri di sini malam tadi.

Akhbar sebelum ini melaporkan keahlian Dr. Mahathir dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan kerana duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Turut mengalami nasib sama ialah bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Sehubungan itu, pencalonan Dr. Mahathir bagi jawatan Pengerusi, Mukhriz (Timbalan Presiden) dan Syed Saddiq (Ketua Armada) turut digugurkan.

Dr. Mahathir berkata, MPT Bersatu perlu membuat pindaan perlembagaan parti sekiranya ingin mengambil tindakan tersebut terhadapnya.

“Kami tidak peduli apa (mereka) hendak buat kerana (pengguguran) itu tidak ikut perlembagaan, kalau hendak gugur kena bawa pindaan kepada MPT,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihak terbabit sepatutnya menunggu keputusan mahkamah berhubung perkara tersebut pada 7 Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya