KUALA LUMPUR: Harga runcit produk petroleum pada 1 Ogos sehingga 7 Ogos kekal pada paras RM1.68 seliter bagi RON95 dan RM1.98 seliter bagi RON97.
Walau bagaimanapun, harga runcit diesel naik satu sen seliter iaitu daripada RM1.82 kepada RM1.83 seliter.
Menurut Kementerian Kewangan, peningkatan itu kesan daripada kenaikan harga minyak mentah dunia yang akan terus dipantau oleh kerajaan supaya tidak membebankan rakyat.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE