Didakwa perosak rumah tangga, Alya Iman akui pernah bertunang -

Didakwa perosak rumah tangga, Alya Iman akui pernah bertunang

ALYA
ALYA IMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Alya Iman yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan menjelaskan, dia sebenarnya pernah bertunang dengan lelaki terbabit.

Pada mulanya dia turut menyangka isteri pertama bekas tunangnya bersetuju untuk menerima dirinya sebagai madu.

“Pada pukul 8 malam, 27 Februari 2020, saya telah bertunang dengan seorang individu berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata. Majlis tertutup tersebut telah dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

“Difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran saya sebagai isteri kedua,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun pada Mac lalu, Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 19, memberitahu, dia mengambil keputusan memutuskan pertunangan itu selepas mengetahui kehadirannya tidak mendapat restu isteri pertama lelaki berkenaan.

“Pada Mac 2020, saya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui bahawa kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut,” tulisnya lagi.

Mengakui rasa bersalah, dia turut memulangkan semua hadiah kepada bekas tunangnya selain pasrah dengan apa yang berlaku.

“Segala hadiah telah dipulangkan kepada individu tersebut kerana merasa bersalah.

“Saya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat ditempuhi dengan baik,” jelasnya.

Sementara itu, nama pelakon itu menjadi bualan sejak semalam apabila isteri ahli perniagaan mendedahkan Alya sebagai orang ketiga dalam perkahwinannya.

Antara yang turut dikongsi dalam laman sosial isteri perniagaan itu, kehidupan mewah Alya turut menggunakan sumber kewangan suaminya.

“Dia hidup mewah dengan duit suami saya selama 12 bulan! Ikut suami saya travel naik business class,” dakwanya.

“Semua beg tangan mewah dan Rolex pemberian suami. Tolong beritahu dia supaya buka tudung tapi tutup p**!,” dakwanya lagi,” tulisnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya