Cuba seludup 1,479 kain pasang  - Utusan Malaysia

Cuba seludup 1,479 kain pasang 

BUNGKUSAN kain pasang yang cuba diseludup ke Thailand berjaya dirampas oleh PGA Batalion 9 Kuala Terengganu di kawasan Masjid Simpangan, Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu merampas 1,479 helai kain pasang bernilai RM315,800 yang cuba diseludup ke Thailand dalam serbuan di kawasan Masjid Kampung Simpangan di sini semalam.

Pengawai Pemerintah Batalion 9 Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, serbuan pukul 1 tengah hari itu hasil rondaan yang dijalankan pasukan berkenaan di sekitar Kuala Jambu.

Beliau berkata, semasa rondaan, anggota PGA terserempak dengan Totoya Unser dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota PGA Batalion 9 Kuala Terengganu membuat pemantauan ke atas kenderaan tersebut selama 20 minit, namun tiada individu yang tampil.

“Hasil pemeriksaan, terdapat 1,479 kain pasang dalam kereta itu disyaki cuba diseludup ke Thailand,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nor Azizan memberitahu, siasatan awal mendapati kain pasang tersebut cuba diseludup untuk dijahit manik di negara jiran itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.

Terdahulu, PGA Batalion 9 merampas beras dan beras pulut seberat 1,766 Kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM7,289 di sebuah stor simpanan penyeludupan di Kampung Kebit.

“Kes disiasat bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN