Covid-19: PDRM buka 266 kertas siasatan berita palsu - Utusan Malaysia

Covid-19: PDRM buka 266 kertas siasatan berita palsu

Covid
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Sebanyak 266 kertas siasatan telah dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan COVID-19 sehingga 25 Julai lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 172 masih dalam siasatan manakala 30 kes telah didakwa di mahkamah, 12 lagi diberikan notis amaran, 13 dalam proses perbicaraan dan 17 telah mengaku bersalah. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada pertambahan kertas siasatan baharu yang dibuka PDRM dan SKMM dalam tempoh lebih dua bulan yang lepas dan ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap penyebaran berita palsu telah meningkat. 

Namun begitu, katanya, PDRM dan SKMM dalam proses penilaian beberapa laporan yang diterima berkenaan berita palsu mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. 

“Pihak PDRM dan SKMM akan terus membuat pemantauan ketat terhadap penyebaran berita palsu. Kerajaan memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap penyebaran berita palsu. 

“Pada masa sama, sebanyak 357 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19,” katanya dalam laporan harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi PRP di talian 03-8911 5103 atau layari WWW.SEBENARNYA.MY untuk menyemak kesahihan berita. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya