Berhutang RM80, bekas pemandu e-hailing, teman wanita dibogelkan - Utusan Malaysia

Berhutang RM80, bekas pemandu e-hailing, teman wanita dibogelkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya kerana RM80, seorang bekas pemandu e-hailing bertindak merompak kenalannya dan teman wanita lelaki itu sebelum membogelkan kedua-dua mangsa.

Akibatnya, Nor Fikri Edli Mohd Nordin, 34, dipenjara tiga tahun oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Mahyon Talib di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan. Tertuduh sepatutnya mula dibicarakan hari ini, namun menukar pengakuannya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi individu yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap peniaga burger, Mohamad Salleh Hassan, 26, dan Nur Syafiqah Izrin Hussaini, 25, dengan mengambil empat telefon bimbit pelbagai jenama, kad pengenalan diri, lesen memandu, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), wang tunai RM300 dan sebuah motosikal. 

Kedua-dua kesalahan dilakukan kira-kira pukul 4 pagi, 30 Januari lalu di sebuah hotel di Jalan Seri Utara 1, Jalan Batu 6 1/2 Jalan Ipoh, Sentu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Menurut fakta kes, Nor Fikri Edli bersama dua rakannya mengajak kedua-dua mangsa untuk berbincang mengenai hutang RM80 yang belum dibayar Mohamad Salleh.

Ketika berbincang, tertuduh telah memaksa peniaga burger itu untuk melunaskan hutangnya dan turut bertindak memukul teman wanita Mohamad Salleh sebelum kedua-dua mangsa dibawa ke sebuah hotel.

Setibanya di bilik hotel berkenaan, kedua-dua mangsa dipukul sekali lagi sebelum dibogelkan. Gambar mereka dalam keadaan tidak berpakaian juga telah dirakam sebelum diugut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya