Bekalan makanan cukup dalam PKPP - Utusan Malaysia

Bekalan makanan cukup dalam PKPP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Bekalan makanan mencukupi dan mampu menampung keperluan malah, mudah diperoleh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 733 premis perniagaan termasuk peruncit (532), pemborong (169) dan pengilang (32).

Katanya, pegawai penguat kuasa KPDNHEP melakukan 1,219 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP dan mendapati 1,201 premis mematuhi SOP manakala 10 premis diberi nasihat.

“Dua lagi premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, sebanyak 134,138 premis diperiksa sejak 13 Mei lalu dan dari jumlah itu 128,216 premis didapati patuh SOP manakala 5,619 premis diberi nasihat.

“Sebanyak 303 premis pula diberi amaran kerana tidak patuh SOP. Dalam tempoh PKPP ini, kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut melaksanakan pemeriksaan di enam tapak binaan di Terengganu dan Sabah melibatkan 15 penguat kuasa.

“Pemeriksaan CIDB mendapati kesemua enam tapak binaan berkenaan mematuhi SOP.

“Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP adalah 3,442 manakala 564 tapak binaan lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran sejak 20 April sehingga 25 Julai lalu. Penguat kuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak binaan ditutup kerana tidak mematuhi SOP,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya