Ayam mula turun harga bulan ini - KPDNHEP - Utusan Malaysia

Ayam mula turun harga bulan ini – KPDNHEP

Eksport ayam ke Singapura dihentikan mulai Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PUTRAJAYA: Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga runcit ayam standard yang dijual  di pasar besar dan pasar raya mulai turun.

Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman dalam kenyataannya hari ini berkata, trend berkenaan adalah selari dengan penurunan harga ladang ayam hidup pada minggu kedua Julai antara RM4.50/kilogram (kg) hingga RM5.40/kg, daripada minggu pertama iaitu RM5.20/kg hingga RM6.10/kg.

“Harga ayam standard pada Julai 2020 adalah antara RM8.00/kg hingga RM8.50/kg dan telah menurun pada minggu kedua dengan harga RM7.60/kg hingga RM7.90/kg,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Iskandar Halim berkata, KPDNHEP akan terus memantau bekalan dan harga ayam semasa di pasaran, supaya pengguna dapat memperoleh ayam dengan harga yang berpatutan.

Tambah beliau, KPDNHEP melaksanakan pemeriksaan kenaikan harga ayam, ekoran aduan  orang ramai pada 15 Jun lepas.

Jelas Iskandar Halim, pemantauan dilaksanakan di bawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan (AKHAP) 2011, untuk mengenal pasti peringkat rantaian pembekalan yang memulakan punca kenaikan harga ayam, serta mengesan sekiranya wujud aktiviti anti-pencatutan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya