Aidiladha: 35,000 kenderaan dijangka guna LPT2 - Utusan Malaysia

Aidiladha: 35,000 kenderaan dijangka guna LPT2

JADUAL cadangan waktu perjalanan Lebuh Raya Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 35,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pengarah Eksekutif LPT2 Sdn. Bhd. , Datuk Azman Ismail berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 70 peratus berbanding hanya 13,000 kenderaan yang menggunakan lebuh raya itu pada hari biasa.

Katanya, perjalanan meraikan Hari Raya Aidiladha lebih bermakna apabila pihaknya dengan kerjasama Anih Berhad memperkenalkan jadual waktu perjalanan bersama melibatkan semua laluan Lebuh Raya Pantai Timur (E8).

“Kami teruja kerana buat pertama kalinya LPT 2 Sdn. Bhd. dan Anih Berhad bekerjasama memberikan nilai tambah kepada pelanggan terhadap aspek perkhidmatan keselamatan dan keselesaan menjadikan E8 sebagai lebuh raya pilihan,” katanya dalam saru kenyataan di sini hari ini.

Azman berkata, kerjasama itu menjadikan rondaan di lebuh raya oleh pasukan ronda LPT2 dan LPT lebih efektif selain kemudahan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah yang menawarkan kemudahan gerai makanan serta minuman.

Di samping itu, katanya, kemudahan awam seperti tandas awam dan surau lebih bersih serta selesa.

Bermula semalam dan hari ini, pengguna E8 dari Kuala Lumpur/Selangor ke Pahang, Terengganu dan Kelantan mempunyai dua waktu pilihan memasuki lebuh raya itu.

Bagi perjalanan ke Pahang, orang ramai dinasihatkan memasuki lebuh raya mulai pukul 10 pagi hingga 1 petang atau 8 malam hingga 11 malam.

Perjalanan ke Terengganu dan Kelantan pula, pengguna disaran memasuki lebuh raya antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi atau 5 petang hingga 8 malam.

Sementara itu, bagi perjalanan pulang ke Kuala Lumpur/Selangor pada 1 Ogos hingga 2 Ogos, pengguna dari Pahang dinasihatkan memasuki lebuh raya mulai pukul 6 pagi hingga 10 pagi atau 7 petang hingga 11 malam.

Bagi pelanggan dari Terengganu (yang masuk menerusi Plaza Tol Kuala Terengganu), boleh berbuat demikian mulai pukul 10 pagi hingga 1 petang atau 8 malam hingga 10 malam.

Bagi pelanggan dari Kelantan (yang masuk menerusi Plaza Tol Kuala Terengganu) pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya mulai pukul 5 petang hingga 9 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya