82,555 syarikat baharu didaftar sepanjang PKP - Utusan Malaysia

82,555 syarikat baharu didaftar sepanjang PKP

ROSOL Wahid.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 82,555 syarikat baharu didaftarkan sepanjang April sehingga Julai tahun ini.

Jumlah itu jauh lebih banyak berbanding syarikat gulung tikar dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,542.

Data tersebut diberikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid ketika menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen, hari ini.

 “Statistik tersebut menunjukkan jumlah perniagaan baharu yang didaftarkan jauh melebihi jumlah permohonan penutupan perniagaan iaitu sebanyak 95 peratus bagi tempoh yang dinyatakan itu,” katanya.

April sehingga Julai adalah tempoh negara mengalami krisis ekonomi apabila terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan akibat pandemik Covid-19.

Rosol berkata, sudah menjadi kebiasaan apabila berlaku krisis ekonomi pengangguran meningkat dan mereka yang kehilangan pekerjaan akan berusaha mencari rezeki dengan memulakan perniagaan baharu.

“Kalau dikatakan rakyat Malaysia malas, saya rasa tak betul kerana apabila mereka sempit (rezeki), mereka akan cari jalan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya