- Utusan Malaysia

YAP Chee Hian menggendalikan dron untuk kerja-kerja menyembur racun di sawah padi di Kampung Kuala Sanglang, Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang bekas pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Yap Chee Hian berbangga menjadi ‘pilot’ dron pertanian selepas menamatkan pengajiannya
Jun lalu.

Walaupun mempunyai ijazah dalam jurusan perniagaan antarabangsa tetapi Chee Hian, 23, dari Kampung Kuala Sanglang di sini berminat melakukan kerja-kerja di sawah sebagai pengendali
teknologi dron.

Sebulan selepas menamatkan pengajian, dia dengan bantuan bapanya, Yap Swee Hin, 51, membeli sebuah dron pertanian berharga RM25,000 bagi menguruskan sawah.

Katanya, dia belajar menggendalikan dron ketika menuntut di UniMAP selepas tertarik dengan perkhidmatan dron pertanian yang dikendalikan beberapa penduduk.

“Selain menggendalikan dron untuk menyembur racun di sawah milik ayah seluas kira-kira 35 hektar, saya menawarkan khidmat ini kepada petani-petani lain di sini dan Perlis,” katanya ketika
ditemui di sini semalam.

Chee Hian berkata, dia mendapat banyak tempahan melakukan kerja-kerja menyembur racun kerana proses tersebut lebih berkesan dan mendapat hasil padi lebih baik.

“Saya mengambil upah RM20 sahaja bagi setiap satu relong (0.35 hektar) sawah,” katanya.

Dalam tempoh sebulan ini, katanya, dia telah meracun 150 hektar sawah menggunakan dron.

“Saya berhasrat membeli lebih banyak dron pertanian untuk meluaskan lagi perkhidmatan meracun sawah,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya