5 termasuk suami isteri ditahan miliki pil kuda RM180,000 - Utusan Malaysia

5 termasuk suami isteri ditahan miliki pil kuda RM180,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis menahan lima individu termasuk suami isteri bersama pil kuda bernilai RM180,000 dalam dua serbuan berasingan di Pasir Mas semalam.

Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 33 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, pada pukul 5 dan 6.30 petang.

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasangan suami isteri terbabit ditahan bersama seorang lagi suspek dalam serbuan pertama di tepi jalan tidak jauh dari sebuah hospital di Pasir Mas.

“Dalam risikan, kita mendapati seorang lelaki berada di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan dan lima minit kemudian, Perodua Kelisa dinaiki suami isteri tiba di lokasi tersebut.

“Ketiga-tiga suspek ditahan dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan enam bungkusan plastik cerah berisi 60 paket plastik biru mengandungi 12,000 pil kuda bernilai RM120,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Hasanudin berkata, polis turut menyita kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi ASX, motosikal Honda EX-5 dan barang kemas dengan nilai keseluruhan RM37,000, mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucutan Harta) 1988.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua, polis menahan seorang lelaki dan wanita berhampiran sebuah kedai makan di Kampung Dangar dekat Pasir Mas 

Katanya, ketika ditahan, wanita berusia 30 tahun itu memegang satu plastik dan meletakkan ke dalam raga motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang diparkir di kawasan itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu  mengandungi 6,000 pil kuda dianggarkan bernilai RM60,000,” katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan, mereka mempunyai rangkaian satu sama lain dan aktif mengedar dadah sejak beberapa bulan lalu.

Hasanuddin berkata, kelima-lima suspek direman bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut  Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya