- Utusan Malaysia

MUHD. Firdaus Abdullah di kedai bukunya, Tanjung Town Book Store, di Jalan Agryll, George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Ibarat memasuki sebuah perpustakaan, peminat buku pastinya terpegun dan leka dengan lebih 20,000 bahan bacaan yang tersusun di rak-rak di kedai Tanjung Town Book Store, Jalan Agryll di sini.

Kedai itu yang baru dibuka tahun ini adalah manifestasi rasa cinta dan minat mendalam pemiliknya, Muhd. Firdaus Abdullah, 56, terhadap buku.

Ia juga lambang kegigihan dan kejayaan Muhd. Firdaus yang sebelum ini menjual koleksi buku lamanya di kaki lima termasuk di pasar Rope Walk, Lorong Kulit di sini sejak 1992 sehingga akhirnya mampu membuka kedai buku sendiri.

Kata beliau, minatnya terhadap buku bermula di bangku sekolah dan ketika itu kebanyakan bahan bacaan berunsurkan agama.

Menginjak dewasa, koleksi bukunya semakin bertambah dengan pelbagai jenis bahan kebanyakan disumbangkan rakan-rakan yang mengetahui minatnya sebagai pengumpul buku.

Lama-kelamaan, jelas beliau, koleksi bukunya tidak lagi mampu disimpan di rumah sehingga memaksanya menyewa sebuah setor sebelum lahirnya idea menjual koleksi buku-buku lama itu.

“Selain sumbangan rakan-rakan, kebanyakan buku ini saya pilih dari koleksi syarikat atau kedai-kedai buku yang mahu menghapuskan bahan bacaan mereka.

“Sebahagian besar seperti novel-novel bahasa Inggeris disumbangkan oleh pelancong asing,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Menurut Muhd. Firdaus, antara bahan bacaan yang disifatkan paling bernilai adalah buku dokumentasi berkenaan masyarakat pribumi Sarawak.

Buku itu kajian pengkaji antarabangsa dan diterbitkan pada 1957.

“Apa yang menjadikan buku itu sangat istimewa dan mahal harganya adalah kerana ia mengandungi gambar-gambar lama masyarakat pribumi Sarawak serta fakta sejarah kehidupan mereka.

“Gambar-gambar dan informasi masyarakat silam seperti itu sukar diperoleh dan maklumat mengenainya sering menjadi buruan para pengkaji sejarah,” katanya.

Muhd. Firdaus berkata, turut berada dalam koleksi simpanannya dan disifatkan berharga adalah keluaran khas akhbar Warta Negara cetakan 2 Jun 1954. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya