2,897 individu ingkar ditangkap mulai Isnin  - Utusan Malaysia

2,897 individu ingkar ditangkap mulai Isnin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mulai Isnin ini,  Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menangkap dan mendakwa di mahkamah 2,897 individu yang masih belum tampil menjalani ujian saringan kedua Covid-19 pada hari ke-13 kuarantin kendiri.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, individu terbabit bagaimanapun diarahkan untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk melakukan ujian saringan kedua. 

“Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) bersama anggota PDRM akan membuat pemeriksaan mengejut untuk memastikan semua yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP)

ditetapkan,” katanya dalam laporan harian perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Mengenai kuarantin wajib bermula semalam, Ismail Sabri berkata, seramai 319 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka telah ditempatkan di empat Stesen Kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor. 

Kata Ismail Sabri, mereka tiba dari 12 negara iaitu Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), China dan Australia.

“Keputusan membuka semula Stesen Kuarantin untuk perintah kuarantin wajib 14 hari diambil mengambil kira peningkatan kes import dan ketidakpatuhan SOP yang menyebabkan peningkatan risiko penularan Covid-19. 

“Bagaimanapun, seramai 9,600 individu masih menjalani proses kuarantin wajib di rumah masing-masing,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya