2,500 bomba bantuan bakal nikmati kenaikan elaun - Utusan Malaysia

2,500 bomba bantuan bakal nikmati kenaikan elaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan peruntukkan tambahan sebanyak RM11 juta bagi kenaikan elaun anggota bomba bantuan supaya lebih setimpal dengan tugas mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, kertas cadangan mengenai perkara itu telah siap dan akan dibentang ke Kabinet dalam masa terdekat.

Katanya, sudah tiba masa untuk mempertimbangkan kenaikan elaun anggota bomba bantuan  setanding pasukan lain kerana kerja bomba amat berisiko dan terdedah dengan bahaya.

“Cadangan ini bukanlah kerana rasa tidak puas hati atau cemburu dengan elaun yang diterima oleh pasukan lain tetapi biarlah setanding dengan tugas dan peranan mereka.

“Jika kita kehilangan (kekurangan) anggota boleh mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit. Jadi, biarlah kenaikan elaun mereka sama dengan pasukan lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima pangkat Timbalan Pesuruhanjaya Bomba (Kehormat) di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, di sini hari ini.

Difahamkan anggota bomba bantuan pada masa kini hanya menerima elaun berjumlah RM6 sejam.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran yakin kerajaan akan menerima cadangan tersebut sekali gus mengembirakan hampir 2,500 anggota terbabit.

“Saya yakin kenaikan elaun ini membolehkan anggota bomba bantuan memberi servis yang lebih baik dan bernilai buat masyarakat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau melahirkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat  di atas penganugerahan pangkat tersebut.

“Saya berharap (penganugerahan ini) menjadi kebanggaan dan tidak mengubah sikap saya kursusnya di mata masyarakat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya