Penyanyi lebih penting berbanding lagu? - Utusan Malaysia

Penyanyi lebih penting berbanding lagu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer disegani, Datuk M. Nasir tidak menafikan kepentingan memilih penyanyi yang bagus bagi menentukan ‘kemenjadian’ sesebuah lagu.

M. Nasir atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Mohamed berkata penyanyi ‘pakej lengkap’ berupaya membuatkan sesebuah lagu itu diterima baik, sekali gus menjadikannya ‘menangkap’ dan malar segar.

“Antara penyanyi dan lagu, mana yang lebih penting? Saya kata penyanyi, meskipun ramai yang berpandangan, keduanya sama penting. Sesebuah lagu akan diterima baik kalau penyanyi yang menyanyikan ada pakej lengkap, iaitu miliki suara istimewa, berpenampilan menarik dan karakter yang disenangi.

“Kalau penyanyi itu tiada keistimewaan-keistimewaan itu, nescaya lagu yang mereka nyanyikan, macam mana sedap sekali pun, sukar diterima atau meninggalkan kesan kepada pendengar.

“Seperti yang pernah diungkap penyanyi antarabangsa, Mick Jagger: penyanyi, bukan lagu,” katanya pada showcase Antara Puisi & Rautmu oleh penyanyi, Arish Mikael di Damansara, baru-baru ini.

Kata komposer yang mendapat julukan ‘sifu’ itu, disebabkan perkara tersebut, penerbit atau komposer perlu mencari penyanyi yang benar-benar bagus untuk membolehkan lagu yang mereka hasilkan ‘menangkap’ jiwa dan citarasa pendengar.

“Dalam bidang rakaman lagu, perkara itu sangat penting. Pendengar tidak menggilakan lagu, tetapi penyanyi.

“Kalau mereka buat carian di Internet sekalipun , mereka lazimnya akan mencari maklumat tentang penyanyi, bukan lagunya.

“Sebab itu, kalau cari penyanyi, biarlah dalam kalangan yang pakejnya lengkap,” kongsi M. Nasir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya