Gambar PM menyapu laman cetus tanda soal, tarik perhatian rakyat

Gambar PM menyapu laman cetus tanda soal, tarik perhatian rakyat

HANTARAN pertama Anwar sempena 2025 di pelbagai platform media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak kereta sorong dengan kapsyen ‘New Year clean up’  menarik perhatian orang ramai.

Hantaran pertama Anwar sempena dengan 2025 di pelbagai platform media sosialnya itu memperoleh pelbagai reaksi positif daripada rakyat.

Rata-rata pengguna media sosial mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Anwar yang juga Menteri Kewangan itu dan mendoakan kesejahteraan pemimpin itu untuk terus memimpin Malaysia.

“Alhamdulilah…semoga Allah memberkati dan memberikan kesihaan yang baik untuk Datuk Seri,” komen pengguna Facebook, Mohd Rashidi Hassan.

“Terbaik PMX (Perdana Menteri ke-10). Pujaan rakyat B40 khasanya. Sehat walafiat hendaknya,” komen pengguna Facebook, Mazlan Jamilah.

Dalam pada itu, gambar yang dimuat naik oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut menimbulkan tanda tanya sebahagian pengguna media sosial yang menyatakan Anwar cuba menyampaikan sesuatu melalui gambar tersebut.

“Maksud yang mendalam tu, semoga PMX sentiasa dalam lindungan Allah dan diberikan kesihatan baik selalu. Amin,” komen pengguna Facebook, Azmi Jaafar.

“Cuci sampai habis boss, langau-langau pun cuci sekali. Selamat Tahun Baru 2025, semoga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah semuanya serta di beri kesihatan yang terbaik dalam memacu Malaysia ke arah lebih baik lagi,” komen pengguna Facebook, Eric Shah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya