TIDAK seperti tahun lalu, rombakan dan penyusunan semula barisan exco kerajaan negeri kelmarin cukup tenang. Tidak ada lagi ‘ribut’ atau rasa tidak puas hati, semuanya berjalan lancar. Ironinya, pelantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah selepas dua kali diketepikan sebelum ini, dilihat mampu mengharmonikan semula keadaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis pimpinan Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli. Malah, pelantikan Abu Bakar itu juga bertepatan dengan hierarki memandangkan beliau adalah orang nombor satu Bersatu di Perlis selain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya