Pupuk budaya STEM, tingkat kreativiti murid

Pupuk budaya STEM, tingkat kreativiti murid

MURID SK Sinua, Sook menyiapkan rak ampaian barangan basah untuk kegunaan di tapak perkhemahan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Usaha memupuk minat murid dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan pelajar di pedalaman sentiasa dilakukan bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan.

Penganjuran pertandingan reka cipta antara langkah diambil oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Sinua, Sook, Sabah dalam memupuk minat murid dalam bidang STEM. Pengerusi penganjur, Adron

Habit berkata, dengan peralatan yang terhad, guru-guru di pedalaman sentiasa berusaha memupuk minat murid dalam bidang STEM.

Berdasarkan pertandingan yang dianjurkan, guru dapat melihat kreativiti murid dalam menghasilkan rekaan yang boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran mereka.

Melalui Minggu Kokurikulum yang diadakan, murid-murid di sekolah ini dibimbing untuk mencipta rak ampaian daripada buluh untuk menyimpan barangan basah di tapak perkhemahan di Sinua Trusmadi Tainiskon Lodge. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN