Pelajar Politeknik Port Dickson raih Anugerah FIRA

Pelajar Politeknik Port Dickson raih Anugerah FIRA

PELAJAR bersama hadiah kemenangan masing-masing iaitu (dari kiri) Karthik a/l Satiyasilan Letchmy Narayani dan Muhamad Syawal Saharudin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pasukan Robotics Interest Groups (RIG) daripada Politeknik Port Dickson (PPD) baru-baru ini meraih anugerah ‘Best Technical Startup’ (Kategori Startups PRO) dalam Cabaran Persekutuan.

Persatuan Robotik Antarabangsa (FIRA) Innovation and Business di FIRA Roboworld Cup & Summit 2024 yang diadakan di Brazil, baru-baru ini.

Jurulatih PPD, Deenesh Kumar Nalathambi berkata, kejohanan tersebut telah berkembang menjadi platform utama dalam dunia robotik.

 

 

“Sukan digunakan sebagai penanda aras bagi kemajuan penyelidikan dalam bidang ini telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan masyarakat.

“Kategori FIRA Challenge: Innovation and Business ini menitikberatkan aspek model perniagaan serta potensi pengkomersialan produk, iaitu setiap pasukan perlu mengemukakan model perniagaan yang mantap untuk projek mereka,” katanya

Tambah Deenesh, kemenangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan institusi sebagai peneraju Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Ini mencerminkan keupayaan dan bakat luar biasa pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).

“Ia juga selaras dengan tema horizon baharu POLYCC iaitu “POLYCC Pemacu Negara MADANI”,” katanya.

Pertandingan yang diadakan secara hibrid ini mempertandingkan projek pelajar iaitu Muhamad Syawal Saharudin, Karthik Satiyasilan, dan Letchmy Narayani dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) di bawah seliaan Khairuhisham Ramly.

Sementara itu, ketua kumpulan RIG, Syawal Saharuddin berkata, DB-PRO (Distribution Box Protector), adalah hasil inovasi pelajar semester akhir.

“Ia berfungsi sebagai “komponen keselamatan automatik” untuk kotak agihan elektrik di rumah kediaman dalam situasi kebocoran gas atau litar pintas.

“Sistem tersebut dibina dengan peralatan Adruino dan sensor gas yang dilengkapi dengan servo tower yang bertindak untuk menurunkan suis utama pada papan agihan apabila sensor menerima signal,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN