Larangan ke Dewan Rakyat: Ahmad Fayhsal tanya adakah dia bawa penyakit?

Larangan ke Dewan Rakyat: Ahmad Fayhsal tanya adakah dia bawa penyakit?

WAN Ahmad Fayhsal semasa sidang media di Pusat Media di Bangunan Parlimen, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan keberadaan beliau di Dewan Rakyat akan menimbulkan masalah terhadap persidangan yang sedang berlangsung.

Wan Ahmad Fayhsal,  ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berkata, martabatnya sebagai wakil rakyat dijatuhkan lebih rendah daripada rakyat pemerhati biasa yang datang ke kawasan galeri awam.

Katanya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul perlu mempertimbangkan semula larangan terhadapnya bagi membolehkan beliau berada di galeri awam dan tempat pemerhari di blok pembangkang.

“Masalah apa sebenarnya yang Yang Dipertua Dewan Rakyat bimbang keberadaan saya dalam Dewan Rakyat sebagai pemerhati yang tidak boleh berkata satu patah perkataan pun (hingga dikatakan) menimbulkan masalah kepada majlis atau kepada beliau sendiri.

“(Adakah) saya ini membawa penyakit kepada wakil-wakil rakyat yang bersidang atau saya  ini ada spiritual pressure seperti di dalam anime Bleach iaitu seperti Ichigo lawan Kenpachi, dia duduk (dan tenung) orang itu kemudian orang ditenung itu rasa ‘bergegar’ (atau) ketar lutut. Adakah saya seperti itu?” katanya semasa sidang media di Pusat Media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Johari berkata, beliau kekal dengan keputusannya untuk tidak membenarkan Wan Ahmad Fayhsal berada di dalam Dewan Rakyat semasa persidangan berlangsung selepas beliau sebelum ini digantung selama enam bulan.

 “Ini keputusan saya. Sementara saya menjadi Yang Dipertua hari ini, mulai 15 Oktober, mana-mana ahli yang diarah keluar atau diperintahkan mengikut Peraturan Mesyuarat, maksud keluar adalah dari Chamber (Dewan) ini.

“Beliau boleh ikuti dari luar tapi tidak boleh masuk dalam Chamber kerana ini akan menimbulkan banyak masalah,” katanya bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya