105 pelajar terima biasiswa Petronas

105 pelajar terima biasiswa Petronas

SEBAHAGIAN daripada pelajar anak Terengganu bergambar selepas menerima biasiswa tajaan Petronas di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 105 pelajar anak Terengganu yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 menerima biasiswa melalui Program Memperkasakan Ilmu Penajaan Pendidikan Petronas (PMIPPP) 2024 untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara pada tahun ini.

Beberapa pelajar yang menerima tajaan tersebut mengakui ia adalah peluang keemasan untuk mengubah nasib keluarga dan memburu masa depan yang lebih baik selepas menamatkan pengajian nanti.

Muhammad Farid Latif, 18, yang berasal dari Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun berkata, dia menerima tajaan menyambung pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

“Minat itu semakin memuncak apabila ayah menyelia projek jambatan di Tasik Kenyir dan saya pula terpilih mewakili Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ke program Unlocking True Potentital di UTP pada tahun 2023. ” katanya.

Muhammad Farid berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Penyampaian Biasiswa Tajaan Petronas di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Biasiswa tersebut disampaikan Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh. Program tajaan pendidikan tersebut yang mula dilaksanakan pada tahun 1975 telah memberi manfaat kepada 39,483 pelajar Malaysia sejak 1975 dengan keseluruhan penajaan bernilai RM3.81 bilion.

Seorang lagi penerima biasiswa tersebut, Wan Badihah Wan Mohd. Ridhuan, 18, pula berkata, dia menerima tajaan dalam bidang Sains Komputer di UTP untuk mencapai cita-cita menjadi seorang penganalisis data satu hari nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN