Politeknik Nilai tekankan prinsip ESG

Politeknik Nilai tekankan prinsip ESG

PENERANGAN oleh wakil ILSAS TNB sewaktu lawatan pameran pada seminar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), di Nilai Negeri Sembilan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Politeknik Nilai menggalakkan pelajar-pelajarnya termasuk staf menekankan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam dalam semua aspek operasi dan aktiviti seharian.

Dalam dunia yang semakin kompleks, sering kali kita merasa perubahan yang diimpikan sukar untuk dicapai.

Namun, ia akan membuktikan bahawa perubahan tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil.

Setiap langkah kecil dan keputusan bijak yang kita ambil mampu mencipta impak besar dalam perjalanan mencapai tujuan bersama.

Ketua Retail Negeri (Negeri Sembilan), Abd. Manan Abd. Rahman berkata seminar tersebut dapat membekalkan setiap peserta dengan ilmu, kemahiran, serta inspirasi untuk memanfaatkan potensi diri, sekali gus memimpin perubahan dalam kehidupan peribadi dan profesional.

“Ia juga bertujuan memberi alat dan strategi yang diperlukan bagi mencapai kejayaan, sambil menyumbang kepada usaha global dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) demi memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya, demi kebaikan diri, komuniti, dan dunia, “ katanya semasa merasmikan ProgramcKuasa Di Tangan Anda, Seminar Tentang ESG dan Pemerkasaan Diri di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai, Nilai Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program yang berlangsung secara hibrid itu mendapat sambutan dengan seramai 775 penyertaan daripada pelajar Politeknik Nilai serta pelajar antarabangsa daripada rakan kerjasama politeknik sekitar Indonesia seperti Politeknik Jakarta, Jogjakarta, Batam, Medan, Bandung, Bogor, Malang dan Sulawesi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN