KPM setuju, 10 tuntutan dikemuka Sarawak KPM setuju, 10 tuntutan dikemuka Sarawak

KPM setuju, 10 tuntutan dikemuka Sarawak

KPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju dengan 10 tuntutan yang dikemukakan Kerajaan Negeri Sarawak termasuk usaha mengukuhkan penglibatan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) hasil Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

KPM dalam satu kenyataannya berkata, perkara itu turut melibatkan kebenaran dalam  mengambil guru Contract of Service (CoS) tertakluk kepada pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan pelaksanaan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional dalam perancangan projek pembangunan pendidikan.

“KPM bersetuju memberi perwakilan kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak atau mana-mana pihak lain selain KPM kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, tertakluk kepada garis panduan yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Menurut KPM, MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilihat dapat memperkukuhkan lagi pendidikan di Sabah dan Sarawak.

“Antara perkara yang dibincangkan termasuk keperluan merunding dengan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak untuk melantik pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar bagi mengisi kekosongan dan pemangkuan jawatan sebelum Menteri Pendidikan membuat kelulusan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

“Langkah Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) telah membuahkan hasil yang positif. 

“KPM, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bekerjasama erat memastikan pendidikan di kedua-dua buah negeri dapat terus dipertingkatkan dalam ruang lingkup semangat kesatuan MA63,” jelas KPM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN