Syarat utama jadi suami Mek Yun, jangan jadi buaya - Utusan Malaysia

Syarat utama jadi suami Mek Yun, jangan jadi buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Paling penting jangan jadi buaya!”

Demikian kata bapa kepada pelakon dan selebriti media sosial, Mek Yun, iaitu Fatuk Wee Han Siew, berhubung syarat utama yang dikenakan kepada mana-mana lelaki yang ingin menjadikan anak perempuannya itu sebagai isteri.

Menurut bapa kepada pelakon dengan nama sebenarnya Wee Yun Nee ini, lelaki yang sesuai menjadi calon suami Mek Yun harus menyayangi anaknya dengan sepenuh hati.

“Dia harus menyayangi Mek Yun, bukan 100 peratus, tetapi 200 peratus. Bukan menunjukkan, tetapi mengamalkan. Dia juga perlu menghormati Mek Yun termasuk ibu bapanya juga.

“Selain itu, dia juga harus merupakan seorang anak yang soleh dan mesti menjadi ketua keluarga yang baik dengan penuh bertanggungjawab,”katanya.

Perkara itu dikongsikan Mek Yun di Instagramnya ketika dia meminta bapanya membuat perkongsian mengenai ciri-ciri calon suami yang ‘diluluskan’ olehnya.

Selain itu, bapa Mek Yun juga berharap lelaki tersebut mampu membimbing anaknya itu ke jalan yang betul, menghormati keputusan dan menyokong keputusan wanita itu.

“Tetapi pesanan ini juga begitu untuk Mek Yun. Apabila menerima dia kena 100 peratus. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“Hidup keharmonian dalam sebuah rumah tangga bukan senang. Tapi kena sama-sama menjaga supaya perhubungan berkekalan.

“Paling penting jangan jadi buaya. Kalau awak jadi buaya, pak jadi king kong!”katanya berseloroh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya