SPM syarat layak minimum sertai perkhidmatan awam 

SPM syarat layak minimum sertai perkhidmatan awam 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara sebagai reformasi, mengoptimum sumber dan peningkatan produktiviti. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seiring peningkatan syarat lantikan itu, beban dan kerumitan tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan.

Beliau percaya ia akan menggalakkan penugasan berbilang dan kemahiran berbilang dalam kalangan pegawai sebagai pulangan kepada kerajaan.

“Selain itu, skim yang mempunyai fungsi perkhidmatan tidak relevan, bertindih dan terpencil akan dipindahkan kepada skim perkhidmatan lain.

“Ia akan memberi laluan kerjaya lebih baik serta mobiliti yang lebih luas kepada penyandang seperti contoh, skim pemandu lokomotif, pengurus asrama, operator tanpa wayar dan jurusolek,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX), Perkhidmatan Awam Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. 

Selain itu, katanya, kerajaan akan memperluas kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam syarat lantikan 26 skim perkhidmatan berkelayakan SPM sebagai tambahan kepada 18 skim perkhidmatan sedia ada. 

“Kelayakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) diperluas dalam syarat lantikan bagi 11 skim perkhidmatan berkelayakan Diploma/STPM sebagai tambahan kepada dua skim perkhidmatan sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN