Peminat tetap berkumpul walau konsert Taylor Swift batal - Utusan Malaysia

Peminat tetap berkumpul walau konsert Taylor Swift batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Ribuan peminat kepada penyanyi popular, Taylor Swift, berkumpul menyatakan kesedihan berikutan pembatalan konsert jelajah The Eras Tour, minggu ini.

Kumpulan peminat yang digelar Swifties dilaporkan membanjiri beberapa jalan di sekitar Vienna bagi melakukan tunjuk perasaan sebelum menyanyikan lagu ciptaan Taylor Swift ‘Shake It Off’ beramai-ramai.

Bukan itu sahaja, tanda pagar #ViennaTStheErasTour juga tular di media sosial sejak semalam menunjukkan beberapa keping gambar dimuat naik peminat mencemuh tindakan pengganas yang menyebabkan konsert dibatalkan.

Selain itu, beberapa gereja di kawasan itu juga menyatakan simpati dan memainkan lagu-lagu daripada penyanyi popular tersebut.

“Kami tidak tahu nak rasa apa dengan keadaan ini. Semua hadir menangis dan bernyanyi bersama-sama,” tulis satu komen di laman sosial.

“Ini adalah memori indah di mana kami semua berkumpul untuk berkongsi perasaan sedih.

“Betapa teruknya pengganas yang sanggup menyasarkan ancaman kepada pengunjung konsert Taylor Swift yang kebanyakannya budak-budak dan wanita. Tapi kami tetap bertukar gelang persahabatan dan nyanyi bersama,” tulis komen yang lain.

Terdahulu, konsert Taylor Swift selama tiga hari di Vienna terpaksa dibatalkan kerana menerima ancaman serangan bom oleh kumpulan pengganas.

Polis Austria sebelum ini menahan dua orang yang disyaki merancang serangan ke atas konsert berkenaan.

Bagaimanapun, konsert jelajah tetap akan diteruskan di Stadium Wembley, London selama lima hari bermula 15 Ogos ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya