Lee Zii Jia kawan, selalu datang rumah - Hairul Azreen - Utusan Malaysia

Lee Zii Jia kawan, selalu datang rumah – Hairul Azreen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hairul Azreen, mengakui bersahabat dengan pemenang pingat gangsa perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2024, Lee Zii Jia.

Menurut Hairul, memandangkan Zii Jia selalu datang ke rumah, dua orang anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah turut mengenali atlet negara itu.

“Lee Zii Jia selalu datang rumah. Bila dia ada perlawanan saya akan ajak anak-anak tonton bersama.

“Masa umur mereka tiga dan empat tahun, mereka tidak faham lagi. Tapi lama-lama, bila dia nampak papan iklan, mereka sebut ‘Lee Zii Jia’.

“Kami sudah letakkan dalam diri anak-anak khususnya Alisa bahawa Zii Jia adalah idola,” katanya ketika ditemu ramah di sebuah program radio, pagi tadi.

Bukan itu sahaja, dalam video yang dimuat naik, Hairul turut berkongsi telatah Alisa melukis gambar Lee Zii Jia ketika pertandingan.

“Lukisan itupun sebenarnya menimbulkan pergaduhan.Yusuf kata itu bukan lukisan raket tapi ais krim.

“Alisa kata ‘ini raket, awak kena tahu saya lukis raket ini dengan kasih sayang’,” ceritanya.

Pelakon Paskal itu juga turut memuat naik gambar bersama Lee Zii Jia dan mengucapkan tahniah atas kemenangannya menumpaskan pemain perseorangan India, Lakshya Sen, semalam.

“Kau berjaya Lee Zii Jia, Malaysia boleh!” tulisnya ringkas. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya