SEOUL: Kadar kandungan alkohol dalam darah penyanyi BTS, Suga, dilaporkan tujuh kali lebih tinggi daripada yang dibenarkan undang-undang Korea Selatan.
Perkara itu disahkan pihak berkuasa, Balai Polis Yongsan, ketika pemeriksaan bacaan alkohol dilakukan selepas penyanyi Lilith itu terjatuh daripada skuter elektrik.
Memandangkan kadar bacaan alkohol Suga adalah 0.227 peratus, melebihi kadar 0.03 peratus yang dibenarkan, penyanyi itu bakal berdepan hukuman lebih besar.
Sekiranya hukuman dijalankan, Suga atau nama sebenarnya Min Yoon-gi perlu membayar denda sehingga 20 juta won (RM64,654) selain lesen memandunya digantung selama setahun.
Terdahulu, selebriti itu ditemui terbaring bersendirian dikatakan terjatuh selepas menunggang skuter elektrik.
Suga menegaskan dia hanya minum satu gelas bir pada malam kejadian dan mahu pulang ke rumah selepas itu.
Menerusi agensinya, Big Hit Music, Suga sempat memohon maaf dan mengakui menyesal melakukan kesalahan tersebut.