Berenggang dua jam pun rasa sedih - Uqasha Senrose - Utusan Malaysia

Berenggang dua jam pun rasa sedih – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Uqasha Senrose, mengakui kehidupannya berubah serta merta semenjak bergelar ibu tiga bulan lalu.

Menurut Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, semua fokus dan keutamaan diri hanya tertumpu kepada puteri sulungnya, Hawra Uqaira.

“Kehidupan saya berubah 360 darjah selepas ada anak. Penampilan diri sendiri pun saya sudah tidak kisah.

“Ibaratnya, biarlah muka mak dia macam ‘zombie’ sekali pun yang penting anak kena sentiasa wangi.

“Memang keutamaan saya adalah kepada anak seratus peratus,” katanya.

Uqasha ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana dan sidang media filem Takluk: Lahad Datu, di sini, semalam.

Bukan itu sahaja, pelakon Setelah Terlafaznya Akad itu juga belum bersedia untuk kembali ke dunia lakonan kerana tidak sanggup berenggang dengan Hawra.

“Ini kali pertama saya bergelar ibu dan ia perkara baru buat saya. Tidak mungkin dalam masa tiga bulan saya sudah tahu untuk menguruskan segalanya. Setiap hari adalah proses pembelajaran.

“Tidak dinafikan memang ada tawaran berlakon drama bersiri, tapi saya terpaksa tolak kerana tidak mahu asyik terfikir tentang anak bila di set penggambaran.

“Bayangkan, saya nak tinggalkan dia untuk tengok wayang pun saya sudah rasa sedih walaupun dua jam sahaja,” jelasnya yang hadir bagi memberi sokongan kepada filem lakonan suami, Kamal Adli.

Dalam pada itu, masa yang diambil untuk bercuti daripada dunia seni juga digunakan sebaiknya untuk bersenam, bagi memastikan tubuhnya kembali ke bentuk asal.

“Selain faktor anak, saya rasa badan saya pun masih belum mengizinkan untuk kembali berlakon. Saya tengah ‘kembang’.

“Saya bersalin secara pembedahan. Jadi agak lambat untuk turun berat badan.

“Setakat ini saya buat kerja-kerja sebagai duta produk,” jelasnya.

Terdahulu, pada 27 April, Uqasha selamat melahirkan bayi sulung, Hawra Uqaira, seberat 2.27 kilogram melalui kaedah pembedahan.

Uqasha menyifatkan ia adalah detik terindah dalam kehidupan setelah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Uqasha mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Kamal Adli, pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya