Abang Aufahanie hilang selepas joging di Klang - Utusan Malaysia

Abang Aufahanie hilang selepas joging di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Abang kepada penyanyi, Aufahanie, Nidza Afham, dilaporkan hilang selepas beriadah pada Selasa malam.

Berita tersebut dikongsikan penyanyi Geming Jiwa itu menerusi Instagram yang turut meminta orang ramai mendoakan keadaan abangnya.

“Minta tolong semua orang doakan abang saya dijumpai dalam keadaan selamat,” tulisnya pendek.

Menerusi hantaran berbeza di aplikasi X, kakak sulungnya, Irfahanie, menceritakan kronologi kali terakhir Afham berjaya dihubungi adalah sekitar pukul 9 malam tadi.

Bimbang dengan keadaan itu, pihak keluarga pergi ke kawasan jambatan Sungai Klang dan menjumpai dompet serta telefon milik Afham.

“Pukul 1:50 pagi, Ina dan Umi cari Afham dibantu oleh dua orang lelaki. Kami pusing dan cari di sekitar jambatan baru yang belum buka.

“Jumpa telefon dan dompet dalam keadaan tersusun di hujung jambatan,” katanya.

Bukan itu sahaja, menurut kakaknya, hasil pemeriksaan telefon bimbit tidak menunjukkan Afham terlibat dengan sebarang pergaduhan atau melakukan pinjaman dengan ceti haram.

Bagaimanapun, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Klang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN