PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah menahan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard, hari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap Chegu Bard esok bagi siasatan lanjut. “Disahkan (Chegu Bard) ditahan dan esok permohonan reman akan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, media melaporkan polis menahan Chegu Bard dipercayai berhubung dakwaannya mengenai isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Penahanan itu dikongsi peguam Rafique Rashid yang memaklumkan, anak guamnya ditahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya