PETALING JAYA: Kebanyakan petugas kesihatan yang dibuli secara mental dan fizikal lebih memilih untuk berdiam diri kerana takut melaporkannya kepada ketua jabatan atau pihak berkaitan. Jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Ahmad Izzuddin Anuar berkata, lebih mengecewakan apabila tindakan yang dikenakan adalah kepada mangsa, bukannya pelaku buli itu. “Selalunya tiada tindakan. Nasib tidak baik, yang melaporkan akan dikenakan tindakan. Sebab itu mangsa lebih memilih media sosial untuk ditularkan,” katanya kepada Utusan Malaysia. Semalam Utusan Malaysia melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberi amaran tidak akan berkompromi atas sebarang isu buli…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya