“DONALD Trump terkena peluru yang menghinggap telinga kanannya, dan pembunuh berjaya ditembak serta dunia seperti dilanda Tsunami.
“Rakyat Palestin yang dihujani ribuan peluru hidup setiap hari, tetapi penembak masih bebas malah disokong oleh Barat. Negara-negara di dunia pula tidak bergerak walau seinci.”
Itu petikan kata-kata seorang aktivis seperti disiarkan dalam Quds News Network.
Cubaan membunuh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump persis sandiwara politik kerana berlaku ketika wilayah kemanusiaan di Gaza diserang Israel.
Ketika perhatian seluruh dunia mengkritik tindakan melampau rejim Zionis di kem pelarian al-Mawasi yang mengorbankan 90 nyawa tidak berdosa, selang beberapa jam, dunia dikejutkan dengan cubaan bunuh Trump.
Persoalannya, bagaimana penembak tepat yang berada di kedudukan tinggi dari sebuah bangunan boleh ditembak mati oleh Ejen Perkhidmatan Rahsia?
Bukankah kalau adegan filem Hollywood, ejen-ejen penembak tepat akan bergegas meninggalkan lokasi sekiranya misi gagal bagi memastikan jejak mereka tidak dihidu.
Tidak lama kemudian, Trump boleh bermain Twitter memaklumkan dirinya sihat, selamat dan stabil. Mungkinlah pegawai peribadi yang memuat naik hantaran, Trump hanya bagi arahan.
Yalah, individu yang maut adalah penonton yang berada di belakangnya selain beberapa yang lain mengalami kecederaan.
Lokasi Trump berucap di hadapan penyokong adalah di Pennsylvania, kawasan yang mencatatkan kemenangan selesa terhadap parti Republikan semasa Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2022.
Malah, dalam tempoh kurang 24 jam selepas Trump cedera, boleh pula sosok itu tiba di Milwaukee untuk menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan.
Kalau benar, sudah tentu Trump akan berasa trauma dan menangguhkan seketika kemunculan di khalayak ramai.
Timbul di komen-komen netizen yang mendakwa Trump mereka cerita agar tumpuan beralih kepada dirinya, sedangkan dalam masa sama, bilangan kes kematian di Gaza terus meningkat.
Senjata yang digunakan oleh tentera Israel adalah bom JDAM buatan AS mempunyai berat antara 227 hingga 907 kilogram sehingga mengorbankan banyak nyawa manusia di al-Mawasi, Khan Younis, Sabtu lalu.
Bom ini direka khas dengan sistem pengesanan global (GPS) yang boleh menjangkau jarak 28 kilometer.
AS pula tanpa rasa bersalah masih berterusan membekalkan persenjataan ke AS, tidak serikkah buat dosa?