CHICAGO: Penyanyi terkenal, R.Kelly dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara selepas terbukti bersalah bagi jenayah salah laku seks terhadap remaja bawah umur. Hukuman itu ditetapkan mahkamah tinggi di sini, baru-baru ini. Keputusan dibuat selepas R.Kelly atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly dibuktikan bersalah terhadap enam kes termasuk menerbit dan menyebar rakaman berunsur seks membabitkan remaja berusia 14 tahun. Penyanyi lagu I Believe I Can Fly itu juga bersalah melakukan hubungan seks dengan beberapa orang remaja sekitar tahun 1990 dan awal 2000. Mahkamah pada masa yang sama menolak rayuan penyanyi berusia 57…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya