Untuk hasil kerja terbaik - penerbit Pendekar Awang jawab isu pengarah ganti - Utusan Malaysia

Untuk hasil kerja terbaik – penerbit Pendekar Awang jawab isu pengarah ganti

SAIFUL Reza Shukor (gambar) antara yang diumumkan sebagi pengarah ganti bagi filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Saiful Reza Shukor dan Shaharudin Mat Dali diumumkan sebagai pengarah filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menggantikan sutradara yang digugurkan, Areel Abu Bakar.

Penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Mat Dali ketika mengumumkan perkara itu semalam memberitahu pelantikan kedua-dua pengarah itu diyakini dapat memberikan hasil kerja terbaik untuk filem berkenaan.

“Sebahagian besar visual yang dirangkumkan dalam filem ini adalah hasil kerja Saiful Reza dan Shaharudin.

“Pihak produksi hanya menggunakan 35 peratus daripada visual yang disiapkan pengarah terdahulu,” katanya ketika sidang media yang diadakan semalam.

Saiful yang turut hadir dalam sidang media tersebut mengakui tugas pengarahan bagi filem yang dinantikan ramai itu menghadirkan cabaran tersendiri.

Pengarah tersebut juga memaklumkan dia banyak merujuk kepada Abdul Rahman dan Shaharudin yang bertindak selaku penulis skrip agar garapan filem berkenaan tidak menyimpang dengan fakat dan sejarah.

“Saya akui sangat mencabar dari pelbagai aspek, tapi saya hanya buat yang terbaik. Fokus saya lebih tertumpu kepada aksi yang dipersembahkan dalam cerita ini.

“Saya merujuk banyak perkara kepada penerbit kerana mereka lebih tahu tentang sejarah Pendekar Awang dan kandungan filem ini,” jelasnya.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM15 juta itu dihimpit kontroversi membabitkan pemecatan  Areel Abu Bakar yang dimaklumkan sendiri pengarah tersebut sekitar tahun lepas.

Abdul Rahman yang  sebelum ini menjawab spekulasi berkenaan memaklumkan kerja tangan Areel perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang memuaskan untuk filem tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya