RIO DE JENEIRO: Penyanyi, Taylor Swift menangguhkan konsertnya di sini, selepas kematian salah seorang pengunjung baru-baru ini.
Swift mengumumkan keputusan tersebut menerusi Instagramnya, baru-baru ini.
“Saya menulis kenyataan ini dalam bilik persalinan di stadium. Konsert ini terpaksa dibatalkan akibat cuaca ekstrim di Rio.
“Keselamatan dan kebajikan peminat, penghibur dan kru tetap diutamakan ,” tulisnya.
Salah seorang peminatnya yang dikenal pasti sebagai Ana Clara Benevides Machado, 23, meninggal dunia ketika menghadiri konsert penyanyi itu Jumaat lalu.
Punca kematian masih disiasat pihak berkuasa tempatan.