DEWAN NEGARA: RM100 e-kredit tunai boleh ditebus rakyat mulai

DEWAN NEGARA: RM100 e-kredit tunai boleh ditebus rakyat mulai 4 Disember 

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tawaran e-kredit tunai RM100 one-off boleh ditebus mulai 4 Disember ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara hari ini.

“Kerajaan akan melaksanakan program eMADANI iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 one-off kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion.

“Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024,” katanya.

Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya