ST12 perlu minta izin sebelum bawa lagu saya - Charly Van Houten

ST12 perlu minta izin sebelum bawa lagu saya – Charly Van Houten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Vokalis Setia Band, Charly Van Houten menegaskan kumpulan ST12 perlu meminta kebenarannya sebelum membawakan mana-mana lagu yang dihasilkannya ketika bersama band tersebut dahulu.

Kata Charly, perkara itu wajar kerana hampir kesemua lagu yang dibawakan band itu sebelum ini adalah kepunyaannya.

“Saya harus tegaskan bahawa yang sebetulnya ST12 yang perlu meminta izin untuk membawakan lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan sewaktu bersama band tersebut kerana hampir 99 peratus lagu-lagu itu adalah kepunyaan saya.

“Pada 2012 saya, Pepeng dan seluruh pengurusan keluar ST12 dan menubuhkan Setia Band. Boleh dikatakan Setia Band itu sebenarnya jelmaan kepada ST12.  Cuma progresif muziknya lebih luas.

“Jadi, tidak timbul sebarang isu kalau saya mahu bawakan lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan bersama ST12 dahulu kerana itu hak saya. Persoalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada ST12,” katanya dalam sidang media.

Meskipun tidak memberi keizinan, Charly memaklumkan tidak akan menghalang apatah lagi mengambil tindakan undang-undang sekiranya band tersebut berkeras untuk membawakan lagu-lagunya tanpa keizinan.

“Setakat ini belum ada mana-mana pihak ST12 yang menghubungi saya untuk meminta keizinan . Terus terang saya katakan, saya berharap mereka tidak membawakan lagu-lagu saya.

“Tapi kalau mereka berkeras, silakan. Saya tak akan marah, biarkan sahaja. Sama sahaja seperti band-band busker yang membawakan lagu-lagu saya. 

“Cuma tiada keizinan dari saya. Saya tak perlu mempersoalkan, anggap sahaja mereka mempromosikan lagu-lagu saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya