Mangsa lemas ketiga Pantai Bagan Lalang ditemukan

Mangsa lemas ketiga Pantai Bagan Lalang ditemukan

DUA kanak-kanak ditemukan lemas selepas mandi di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Bagan Lalang sejak petang semalam ditemukan lemas di tepi pesisiran pantai berdekatan sebuah pusat peranginan, pagi tadi.

Mangsa ditemukan orang awam kira-kira pukul 9.30 pagi dalam keadaan terapung sebelum dinaikkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, mangsa lemas dikenali sebagai Muhammad Faizal Mahasan, 29.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung pagi tadi selepas ditangguhkan malam semalam akibat cuaca gelap.

“Operasi pagi ini disertai 15 anggota polis, 10 penyelam daripada Unit Penyelam Klang (bomba), 16 anggota APM dan MPSepang (Pantas) seramai enam orang,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati, mangsa dipercayai lemas selepas cuba menyelamatkan dua kanak-kanak yang mandi di pantai berkenaan.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang semalam, dua beradik masing-masing berusia 7 dan 9 tahun ditemukan lemas oleh nelayan dan orang awam.

Difahamkan, kedua-dua mangsa sebelum itu dilihat mandi di pantai berhampiran dengan Restoran HM Bagan sebelum lemas.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Airis Nuraini, 9, dan Aisyah Tasnim Mohd Zafifi, 7.

Dalam pada itu, penduduk setempat mendakwa beberapa insiden lemas pernah berlaku di kawasan sama sejak beberapa tahun lalu.

Malah, difahamkan kawasan itu turut ada tanah jerlus, arus deras dan air berpusar serta berbahaya untuk mandi manda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya