Kereta berisi syabu RM17.8 juta dirampas

Kereta berisi syabu RM17.8 juta dirampas

Muhammad Zaki Harun (kanan) menunjukkan dadah jenis syabu yang di rampas Batalion 9 PGA selepas sidang media di IPD Pasir Mas, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback mengandungi syabu bernilai RM17.8 juta di Kampung Pohon Buluh di sini semalam.

Rampasan pukul 8.30 malam itu dilakukan selepas PGA mengesan sebuah kereta  yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan ditepi jalan.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, curiga melihat kereta itu anggota bertugas telah membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai beratus peket  plastik minuman kopi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati peket kopi itu mengandungi dadah jenis syabu yang telah diisi di dalam guni ,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Muhammad Zaki memberitahu, berkemungkinan besar kereta terbabit ditinggalkan di tepi jalan selepas kegiatan itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

Katanya, Polis Kelantan percaya sindiket dadah tersebut untuk pasaran seluruh negara.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya