KEMUNCULAN Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengiringi calon Barisan Nasional (BN) semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Pasir Salak, mengakhiri andaian beliau merajuk kerana tidak dicalonkan semula. Kehadirannya yang turut memberi sokongan kepada calon-calon BN di Parlimen Pasir Salak dan dua lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) melegakan banyak pihak, ketika ada khabar angin mengatakan Tajuddin mungkin bertanding Bebas atau menyertai parti lawan. Namun, Tajuddin menunjukkan kesetiaannya kepada parti dengan menyatakan sokongan terhadap penggantinya Khairul Azwan Harun. Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu dengan tegas menyatakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya