PH tinggalkan mekanisme kawalan harga minyak yang baik - Utusan Malaysia

PH tinggalkan mekanisme kawalan harga minyak yang baik

RAFIZI Ramli ketika berucap dalam Ceramah Mega Ayuh Malaysia Kita Boleh di Padang Dataran Rembau, di Rembau malam semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Pentadbiran 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya meninggalkan mekanisme yang baik bagi mengawal harga minyak dalam negara.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, mekanisme kawalan harga tersebut malah masih diteruskan sehingga kini.

“Walaupun 22 memerintah, walaupun ada yang tidak selesa dan saya faham itu kali pertama pertukaran kerajaan berlaku, tetapi kita jangan lupa ada tinggalan-tinggalan yang baik yang sampai sekarang UMNO, Pas dan Bersatu tidak berani nak ubah selepas PH.

“PH tinggalkan mekanisme harga minyak yang baik, sampai sekarang tidak ubah. Sebelum itu macam-macam mereka buat, potong subsidi, tukar harga minyak tiap-tiap minggu, atas (sebab) 22 bulan PH memerintah itulah sampai sekarang harga minyak. Kalau ikut formula UMNO dahulu sepatutnya RM4, sekarang RM2.50, ada baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia Kita Boleh di Padang Dataran Rembau, di sini, malam semalam.

Dalam pada itu, Rafizi meluahkan kebimbangannya dengan trend kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) oleh pihak lawan PH yang didakwanya bersifat perkauman.

“Undi PH masuk kafir, undi yang ini masuk neraka, orang kampung takut.  Kita perlukan satu kerajaan yang dianggotai orang-orang yang jujur, orang yang berlaku adil kepada semua pihak, kita tidak mampu pinggirkan sesiapun,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya