Polis tahan lelaki letak vape pada mulut bayi - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki letak vape pada mulut bayi

TANGKAP layar rakaman video yang tular memaparkan seorang lelaki meletakkan vape pada mulut seorang bayi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga berusia 23 tahun ditahan polis kerana meletakkan vape ke mulut seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan sehingga rakaman tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, lelaki tersebut ditahan di sekitar bandar raya ini pada pukul 12.45 tengah hari tadi dan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman, esok.

“Pihak polis menerima laporan kejadian oleh pengadu, yang merupakan ibu kepada bayi terbabit pada pukul 2.56 petang, kelmarin. Menurut laporan berkenaan, pengadu sedang makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda bersama-sama anaknya, adik perempuan dan rakan lelaki adik perempuannya yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut.

“Secara tiba-tiba, suspek yang sedang memangku bayi berkenaan dengan niat bergurau meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi itu manakala kejadian dirakam adik perempuan pengadu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rakaman berdurasi 15 saat tersebut kemudian dimuat naik oleh adik pengadu ke dalam laman sosialnya sebelum menjadi tular dan mendapat kecaman daripada masyarakat.

“Sehubungan itu, polis membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian ini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya