Iran rampas kapal selam AS di Selat Hormuz - Utusan Malaysia

Iran rampas kapal selam AS di Selat Hormuz

GAMBAR fail sebuah kapal selam milik AS. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) pada Selasa berkata pihaknya merampas sebuah kapal selam tanpa pemandu milik Amerika Syarikat (AS).

Rampasan itu dilakukan di Selat Hormuz yang strategik, yang telah disekat oleh Teheran sejak beberapa bulan lalu dalam perang yang berlarutan di Asia Barat.

“Pasukan tentera laut IRGC merampas salah sebuah kapal selam paling moden, tanpa pemandu dan pintar milik tentera Amerika  yang dianggap pengganas, di pintu masuk ke Selat Hormuz dalam satu operasi risikan dan ketenteraan yang kompleks pada awal pagi ini,” kata Pengawal Revolusi dalam satu kenyataan yang disiarkan televisyen kerajaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×